ANGGOTA APM meninjau rumah mangsa terjejas banjir kilat di Mukim Gurun. FOTO Ihsan APM.
ANGGOTA APM meninjau rumah mangsa terjejas banjir kilat di Mukim Gurun. FOTO Ihsan APM.
Zuliaty Zulkiffli


Gurun: Hujan lebat lebih dua jam semalam menyebabkan empat kampung di Mukim Gurun di sini dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, kejadian dilapor pada 12 tengah malam membabitkan Kampung Sungai Kunyit, Kampung Sungai Badak, Kampung Jelatang dan Kampung Belakang Mahkamah Gurun.

"Punca kejadian banjir kilat itu adalah disebabkan limpahan air secara mengejut dan berlebihan selepas hujan bermula 10.25 malam.

"Mangsa mengalami kerosakan harta benda dengan paras kedalaman air antara 0.3 meter hingga 0.5 meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azahar berkata, setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka berikutan air sudah surut.

.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2023 @ 7:39 AM