Raja Noraina Raja Rahim

TIADA pertambahan zon merah setakat ini, namun Lembah Pantai masih merekodkan jumlah tertinggi kes jangkitan Covid-19 dengan 496 kes.

Selain Lembah Pantai, dua kawasan lain yang merekodkan lebih 300 kes adalah Hulu Langat dengan 388 kes diikuti Petaling (356).

Berdasarkan infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu, kawasan zon merah lain adalah Kuching dengan 221 kes, Seremban (219), Kluang (193), Johor Bahru (177), Klang (172), Gombak (132), Kepong (121), Titiwangsa (115), Kinta (93), Kota Bharu (89), Kuantan (80), Cheras (71), Tawau (71) dan Jerantut (70).

Diikuti Jasin (68), Sepang (66), Hilir Perak (64), Rembau (53), Putrajaya (52), Batu Pahat (51), Kota Samarahan (49), Hulu Selangor dan Melaka Tengah masing-masing 48 kes.

Sebanyak 15 daerah pula dikelaskan sebagai zon jingga yang mempunyai antara 21 hingga 40 kes iaitu Muar (40), Seberang Perai Tengah (38), Lahad Datu (38), Kota Kinabalu (37), Kuala Muda (35), Kulai (35), Dungun (33), Timur Laut (32), Kuala Selangor (32), Besut (32), Alor Gajah (28), Kota Setar (26), Kuala Langat (25), Seberang Perai Utara dan Pekan masing-masing 23 kes.

Terdapat dua kes baharu di Kampar menjadikan daerah itu yang sebelum ini dikelaskan zon hijau kini zon kuning.

Ini bermakna hanya tiga daerah di Semenanjung Malaysia yang masih zon hijau iaitu Yan, Kedah; Machang, Kelantan dan Hulu Terengganu, Terengganu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2020 @ 6:26 PM