BOMBA mengatur kekuatan anggota untuk operasi SAR berdekatan Empangan Tasik Chenderoh. FOTO ihsan Bomba
BOMBA mengatur kekuatan anggota untuk operasi SAR berdekatan Empangan Tasik Chenderoh. FOTO ihsan Bomba
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


SEORANG lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan berdekatan Empangan Tasik Chenderoh, Kuala Kangsar, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diarahkan ke lokasi selepas menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada 10.55 malam.

Menurutnya, insiden membabitkan lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai lemas dalam tasik berkenaan ketika menjala ikan.

Katanya, sehingga jam 2.03 petang tadi, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan melalui teknik pencarian permukaan menggunakan bot orang awam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 3:47 PM