ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Komplek Bersepadu Pengerang. FOTO IHSAN BOMBA
ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Komplek Bersepadu Pengerang. FOTO IHSAN BOMBA
Omar Ahmad


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengambil masa lebih 12 jam bagi mengawal dan memadam kebakaran serta letupan di Unit Diesel Hydro Treating (DHT) di Kompleks Bersepadu Pengerang di sini.

Komander Operasi JBPM negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Pauzan Ahmad berkata api yang marak dengan ketinggian kebakaran menyukarkan keadaan untuk mengawal kebakaran.

Katanya operasi itu melibatkan seramai 107 pegawai dan anggota dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) serta dibantu Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).

“Tiada anggota dan pegawai yang cedera dalam operasi terbabit, namun kita meminimumkan bilangan anggota ketika masuk bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa kerana kawasan terbabit berisiko.

“Dari pemadaman kita buat teknik ‘cooling’ sebab anggota tidak boleh rapat kerana kebakaran berlaku pada jarak yang tinggi.

“Kalau Kita tengok pelan kawasan kebakaran ini paip bersilang-silang dan kebocoran berlaku pada ketinggian 15 kaki, kita tidak boleh nak hampiri dan padam kerana berisiko tinggi, sekiranya kebakaran berada dibawah kita boleh menggunakan ‘foam’“,katanya ketika sidang media di Kompleks Bersepadu Pengerang disini, sebentar tadi.

Jelas Pauzan, mayat pertama dijumpai jam 3.56 pagi tadi, manakala dua lagi mayat dijumpai empat minit kemudian dengan kesemuanya dalam keadaan rentung.

Mayat keempat dijumpai di aras empat jam 9.12 pagi dan mayat terakhir dijumpai jam 12.42 tengahari.

“Pihak bomba masih lagi menjalankan siasatan dan ia mengambil masa untuk mengetahui punca sebenar kejadian“, katanya.

Berita berkaitan

Operasi digantung sementara

MB ucap takziah

Cermin tingkap rumah bergegar

Pesanan terakhir abang

Sultan Johor ucap takziah

Seorang lagi mangsa letupan Pengerang ditemui rentung

Identiti 4 mangsa rentung dikenal pasti

Letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang: 4 rentung, 1 parah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 8:26 PM