KEBAKARAN di Komplek Bersepadu Pengerang, Ahad lalu, yang mengorbankan lima nyawa. FOTO Ihsan Bomba
KEBAKARAN di Komplek Bersepadu Pengerang, Ahad lalu, yang mengorbankan lima nyawa. FOTO Ihsan Bomba
Omar Ahmad


LIMA jenazah mangsa rentung dalam insiden letupan dan kebakaran di Unit Diesel Hydro Treating (DHT) di Kompleks Bersepadu Pengerang, Ahad lalu, sudah diserahkan kepada waris masing-masing.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, pasukan forensik dari Hospital Sultan Ismail (HSI) yang diketuai Pakar Forensik, Dr Rohayu Shahar Adnan sudah berjaya mengenal pasti kesemua identiti mangsa.

Katanya, waris juga membantu proses pengecaman kesemua mangsa.

“Mayat kesemua lima mangsa diserah kepada waris untuk urusan pengebumian.

“Proses penyerahan mayat kepada waris dibuat sebaik selesai bedah siasat dan pengecaman dilakukan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Dalam insiden kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang 10.50 malam, Ahad lalu, lima mangsa rentung manakala dua lagi parah.

Empat mangsa yang maut dan ditemui adalah Fadhi Akmal Fadzil,25, Azarul Ashraf Nor Akmal Zolkarnain, 28, Norfazly Md Nor, 32,dan Che Huzaydy Che Harun, 26.

Jenazah mangsa kelima, Hadi Syafiq Jamil, 28, yang dilaporkan hilang sebelum itu ditemui 12.42 tengah hari semalam.

Seorang lagi mangsa, dikenali sebagai Arnado Alexander, 28, parah apabila melecur 70 peratus manakala Mohd Saiful Amat, 29, pula yang berjaya menyelamatkan diri dilaporkan melecur 40 peratus pada tubuhnya.

Berita berkaitan

Reda, harap urusan jenazah dipercepatkan

Tragedi Pengerang: Polis ambil DNA keluarga mangsa

Tragedi Pengerang: Tiada unsur khianat, pengganas

Tak sempat timang cahaya mata pertama

12 jam padam kebakaran

Operasi digantung sementara

Tiba-tiba mesej arwah terhenti...

MB ucap takziah

Cermin tingkap rumah bergegar

Pesanan terakhir abang

Sultan Johor ucap takziah

Seorang lagi mangsa letupan Pengerang ditemui rentung

Identiti 4 mangsa rentung dikenal pasti

Letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang: 4 rentung, 1 parah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2020 @ 11:41 PM