YAYA kini berada dalam jagaan JKM Shah Alam. FOTO ihsan JKM
YAYA kini berada dalam jagaan JKM Shah Alam. FOTO ihsan JKM
Muhaamad Hafis Nawawi


PEJABAT Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Shah Alam sedang mengesan waris kanak-kanak perempuan dikenali Yaya berusia empat tahun yang dipercayai ditinggalkan di sebuah restoran di Menara U2, Seksyen 13 di Shah Alam pada 23 Disember lalu.

JKM dalam satu kenyataan berkata, pemilik restoran berkenaan mendapati kanak-kanak itu datang seorang diri di premis pada 8 malam.

Menurutnya, pemilik restoran cuba mencari waris kanak-kanak terbabit namun tiada sesiapa datang mengambilnya sebelum dia diserahkan kepada polis.

“Kanak-kanak itu hanya menyebut namanya adalah Yaya dan lain-lain maklumat tidak diberitahu.

“Dia kini berada di bawah pemeliharaan dan perlindungan Pejabat JKM Shah Alam,” katanya.

Katanya, waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 03-55458901, 03-5548902 dan 03-5548903 atau tampil ke pejabat JKM Shah Alam.

Harian Metro 24 Disember lalu melaporkan Yaya ditemui oleh pemilik restoran sebelum diserahkan kepada polis.

Berita berkaitan

Tiada waris 'tuntut' Yaya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2020 @ 8:26 PM