Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencium tangan Tun Dr Mahathir. FOTO NSTP
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencium tangan Tun Dr Mahathir. FOTO NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, jam 4.25 petang tadi.

Beliau dilihat memandu Perodua Myvi memasuki bangunan berkenaan.

Selain Syed Saddiq, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dilihat tiba di kawasan berkenaan, 4.35 petang tadi.

Difahamkan, satu perjumpaan antara Ketua Bahagian Armada Bersatu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad akan diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini membincangkan berkaitan keadaan politik parti berkenaan.

Dr Mahathir dilaporkan tiba 4.48 petang tadi bagi mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 4:57 PM