LAPORAN portal Harian Metro
LAPORAN portal Harian Metro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PEJABAT Mufti Wilayah Persekutuan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kontroversi membabitkan ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat.

Difahamkan, pertemuan yang diadakan petang ini akan membincangkan mengenai status jantina usahawan berkenaan, sama ada lelaki ataupun khunsa.

Pejabat mufti juga akan mengeluarkan kenyataan media susulan arahan yang dikeluarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Harian Metro hari ini melaporkan, Fuziah sudah menghubungi Pejabat Mufti berhubung kontroversi membabitkan Nur Sajat yang mengerjakan umrah dengan berpakaian wanita.

“Dalam isu ini, ia sebenarnya isu lama kerana fatwa daripada Pejabat Mufti bahawa jika seseorang itu khunsa, dia boleh memilih untuk menjadi lelaki atau perempuan.

“Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga ada menawarkan diri untuk membuat kajian hormon iaitu membantu Sajat sama ada dia lebih cenderung kepada perempuan atau lelaki.

“Dari segi kelahiran yang tidak jelas, JAKIM juga boleh mengesahkan tetapi tidak dapat kerjasama daripada Sajat sendiri.

“Itu sahaja yang boleh saya komen berkenaan isu ini kerana Pejabat Mufti Persekutuan sendiri yang akan mengeluarkan kenyataan,” kata Fuziah.

Berita berkaitan

Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Februari 2020 @ 5:19 PM