SAJAT
SAJAT
Yusmizal Dolah Aling


JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bagi menyelesaikan isu identitinya dalam masa terdekat.

Pengarahnya, Shahzihan Ahmad berkata, Bahagian Dakwah jabatan itu akan mengambil tindakan susulan memanggil Sajjad selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan akan bekerjasama dengan pihaknya.

“Bahagian Dakwah JAIS akan panggil Sajat (Sajjad) dalam masa terdekat,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ketua Pengarah JAKIM Datuk Paimuzi Yahya menerusi Twitter memaklumkan pihaknya memohon kerjasama JAIS mengambil langkah bersesuaian di bawah bidang kuasa negeri Selangor.

Ia sebagai maklum balas kenyataan Sajjad di Harian Metro yang bersedia bekerjasama dengan Jakim bagi menyelesaikan isu jantinanya.

Menerusi kenyataan di Harian Metro semalam, Sajjad menyatakan kesudian bekerjasama dengan JAKIM bagi menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi selepas kontroversi yang tercetus ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Menurutnya, dia mahu diberi panduan yang jelas dan terperinci bagi menyelesaikan isu identiti dirinya.

Berita berkaitan:

Nur Sajat sedia bekerjasama dengan JAKIM [METROTV]

Tindakan terhadap Sajat akan dikaji

Sajat kongsi video menangis cium Kaabah

Guna saluran undang-undang bersih nama

Dia Muhammad Sajjad

Sajat dah agak akan kena kecam

Tolong hentikan isu ini - Awal Ashaari

Nampak Sajat berpakaian wanita semalam

Menteri beri 'warning' kes Sajat

'Transgender wajib tunai umrah ikut jantina asal'

Umrah Sajat sah kalau cukup syarat [METROTV]

'Kita nasihatkan Sajat sahajalah'

PAPUH harap Visa Pelancongan tidak ditarik

Pejabat Mufti rujuk jantina Sajat di JPN

Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 7:24 PM