PAIMUZI Yahya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
PAIMUZI Yahya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Suraya Roslan


JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi menyelesaikan isu identiti usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya membuat kenyataan itu menerusi Twitter, hari ini sebagai maklum balas kenyataan Muhammad Sajjad di Harian Metro yang dia bersedia bekerjasama dengan Jakim bagi menyelesaikan isu jantinanya.

“Agar kerja yang dilakukan bijaksana, hikmah & tuntas... kali ini kita telah mohon kerjasama JAIS untuk mengambil langkah yang bersesuaian di bawah bidang kuasa negeri Selangor,” katanya.

Sebelum itu, Twitter rasmi JAKIM, MyJAKIM memohon supaya Paimuzi selaku ketua pengarah memberi arahan selanjutnya untuk mereka melakukan tugas.

“YBhg.Dato’ @kpjakim, mohon arahan Dato’ selanjutnya. Kami warga JAKIM siang malam sentiasa sedia menjalankan amanah,” tulisnya.

Menerusi bebenang sama, seorang pengguna Twitter, AbangMoto bertanya apa perkembangan kes Sajat pada 2018.

“Maaf bertanya, tahun 2018 pernah berjumpa juga dengan Sajat. Apa perkembangan kes atau isu sejak itu,” tanyanya.

Bagaimanapun, Twitter MyJAKIM menjawab tiada kerjasama daripada pihak beliau dipercayai merujuk kepada Sajjad.

Menerusi kenyataan di Harian Metro semalam, Sajat menyatakan kesudian bekerjasama dengan Jakim bagi menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi selepas kontroversi yang tercetus ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Menurutnya, dia mahu diberi panduan yang jelas dan terperinci bagi menyelesaikan isu identiti dirinya.

“Kalau betul JAKIM nak bantu, mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi dan memaklumkan dengan siapa perlu saya rujuk.

“Kalau betul nak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,” katanya



Menurut Sajat, dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identitinya dengan pihak berkuasa, bagaimanapun alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi.

Usahawan itu juga memohon supaya isu identitinya diselesaikan sekarang selagi ibu bapanya masih hidup.

“Ibu bapa saya boleh mengesahkan siapa saya. Tiada orang lain,” katanya.

Berita berkaitan:

Nur Sajat sedia bekerjasama dengan JAKIM [METROTV]

Tindakan terhadap Sajat akan dikaji

Sajat kongsi video menangis cium Kaabah

Guna saluran undang-undang bersih nama

Dia Muhammad Sajjad

Sajat dah agak akan kena kecam

Tolong hentikan isu ini - Awal Ashaari

Nampak Sajat berpakaian wanita semalam

Menteri beri 'warning' kes Sajat

'Transgender wajib tunai umrah ikut jantina asal'

Umrah Sajat sah kalau cukup syarat [METROTV]

'Kita nasihatkan Sajat sahajalah'

PAPUH harap Visa Pelancongan tidak ditarik

Pejabat Mufti rujuk jantina Sajat di JPN

Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 1:05 PM