GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nur Saliawati Salberi

SEJUMLAH 4,754 panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka sepanjang tahun lalu berbanding hanya 3,961 pada 2018.

Penolong pengarah Bahagian Operasi JBPM Melaka Zulkifli Nordin berkata, panggilan kecemasan diterima itu bukan sahaja membabitkan kebakaran malah kerja menyelamat serta tugas khas.

Beliau berkata, panggilan diterima bagi kebakaran adalah sebanyak 2, 486 diikuti dengan kerja penyelamatan (2, 021) serta tugas khas (242).

“Berbanding tahun 2018, kita hanya menerima 1, 559 panggilan bagaimanapun tahun lalu ia meningkat sebanyak 927 panggilan.

“Bagaimanapun tindakan pantas pasukan bomba dalam menjalankan tugas berjaya menyelamatkan premis serta harta benda dengan kadar taksiran lebih RM691, 000 pada tahun lalu,” katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, angka kematian akibat kebakaran turut menurun dengan hanya dua kematian direkodkan pada 2019 berbanding tiga kematian pada tahun sebelumnya.

“Selain jumlah kematian, kecederaan disebabkan kebakaran juga menurun apabila hanya 14 dilaporkan cedera berbanding 34 pada 2018 selain seramai 83 mangsa berjaya diselamatkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain kebakaran pasukan bomba turut melakukan kerja penyelamatan lain antaranya kemalangan jalan raya, lemas dan kemalangan industri.

“Sepanjang tahun lalu kita merekodkan melakukan tugas penyelamatan mangsa membabitkan kematian sebanyak 52, kecederaan 363 dan selamat seramai 444 orang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 5:45 PM