Lizawati (tengah) bersama anak-anak yatim yang menerima sumbangan.
Lizawati (tengah) bersama anak-anak yatim yang menerima sumbangan.

MEWUJUDKAN masyarakat penyayang dikalangan orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa demikian objektif jenama kasut dan barangan sukan, Hypershoe yang menjalankan beberapa program amal baru-baru ini.

Pasukan Hypershoe memberikan sumbangan kasut sekolah kepada 121 anak-anak Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Kesayanganku dibawah jagaan Puan Nurul Baiti Sahrin sebagai pengurus pada 25 November lalu.

Wakil Hypershoe, Pengurus Kedai lizawati Ahmad berkata, pemberian ekspres berkenaan diharap dapat membantu anak-anak yatim yang memerlukan kasih sayang dan perhatian.

“Dengan sumbangan ini diharapkan dapat mengurangkan beban pengurusan Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Kesayanganku.

“Mereka juga boleh pergi sekolah dengan kasut sekolah yang selesa selepas ini. Kos perbelanjaan yang diperuntukkan untuk program ini berjumlah RM10,000,” katanya yang berbangga kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Wakil Hypershoe bersama kanak-kanak  Persatuan Belia Seri Cempaka.
Wakil Hypershoe bersama kanak-kanak Persatuan Belia Seri Cempaka.

Misi mereka tidak terhenti setakat itu malah pada 13 Disember lalu, pasukan Hypershoe sekali lagi menganjurkan program amal sumbangan kasut sekolah membabitkan Persatuan Belia Seri Cempaka, PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

“Seramai 147 kanak-kanak bertuah menerima bantuan daripada Hypershoe. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Persatuan iaitu Syuja'uddin Ismail kerana memberi peluang buat kami untuk menyertai program ini.

“Kami sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan menerusi cara ini diharapkan boleh mewujudkan masyarakat penyayang dikalangan kita,” katanya.

Hypershoe ditubuhkan pada tahun 1996, dan dianggap sebagai salah satu peruncit kasut terkemuka di Malaysia dan kini mempunyai sebanyak 40 buah kedai di seluruh kawasan Lembah Klang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 7:06 PM