Izlaily Nurul Ain Hussein

MENJADIKAN pertanian sebagai satu perniagaan antara usaha gigih Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) membantu golongan usahawan di negara ini.

MOHAMMAD Haikal Ramli, 30, menunjukkan nenas MD2 yang dijual sempena HPPNK 2019 di  Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.
MOHAMMAD Haikal Ramli, 30, menunjukkan nenas MD2 yang dijual sempena HPPNK 2019 di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Merealisasi matlamat itu, kementerian terus mengorak langkah ke hadapan dengan menyuntik teknologi baharu di dalam sektor pertanian yang kian berkembang pesat.

SEORANG kanak-kanak Muhamad Zyyan Zikri Muhamad Bakri,3, tidak melepaskan peluang bergambar dengan 'Gemuk' , lembu baka Charolais Timor berusia 2 tahun satu bulan yang menjadi Johan pertandingan King of  Sado dan pemiliknya memenangi wang tunai RM2,500 pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Padang  B, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Bagi Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), teknologi masa kini tidak boleh dipandang enteng walaupun dalam bidang pertanian yang biasanya dikaitkan dengan perusahaan kampung.

Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pengurusan dan Pengembangan) DOA, Datin Jatil Aliah Timin berkata, peranan dron yang selari dengan teknologi masa kini umpamanya, membantu dalam pemantauan hasil pertanian selain kaedah soil profiling dan pertanian bandar.

BEBERAPA kanak-kanak kelihatan teruja untuk menyentuh seekor Sugar Glider yang dijual di laman ternak pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Padang  B, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Katanya, dalam kemajuan teknologi masa kini, peranan dron digunakan dan pihaknya turut mengetengahkan soil profiling yang membantu mengkhususkan kegunaan baja atau sebagainya berdasarkan jenis tanah yang sesuai.

“Ia perlu memandangkan kita tahu setiap tanah itu mempunyai kandungan nutrien berbeza dan perlu diselaraskan dengan penggunaan baja.

TRAKTOR trek berkelegaan tinggi yang diubahsuai untuk penanaman nenas di tanah gambut yang dipamerkan di Laman Mekanisasi dan Automasi sempena HPPNK 2019 di  Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

“Antara lain teknologi ini amat membantu dalam usaha meningkatkan pengeluaran sesuatu produk bagi mana-mana petani atau peladang.

“Begitu juga dengan pertanian bandar yang boleh menjana pendapatan dan menjimatkan perbelanjaan mereka yag tinggal di bandar dengan kos sara hidup tinggi,” katanya ketika ditemui sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Angsana Johor Bahru Mall di sini, semalam.

ORANG ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat dan membeli produk-produk pertanian dan makanan daripada gerai pameran setiap negeri di Laman Pameran Utama sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Di HPPNK 2019, DOA membawakan pelbagai pameran di kluster pengelolaan mereka dan sedia memberi penerangan dan menjalankan kempen sebagai tanda memberi kesedaran dan mengajak golongan muda menceburi bidang pertanian.

TIMBALAN Menteri Pertanian  dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin ketika pelancaran produk 'Combine Harvester Farmaster' di Laman Mekanisasi dan Automasi sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) turut mengenengahkan teknologi masa kini dalam usaha menyelesaikan pelbagai isu dialami pengusaha dalam bidang pertanian.

PENOLONG Pegawai Penyelidik, Mohamad Ariff Asrofp Rahim menunjukkan beras hibrid pertama Malaysia yang diberi nama 'Kadaria 1' di Laman Agroteknologi sempena HPPNK 2019 di  Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Antaranya, pembinaan Kilang Tanaman di MARDI, Serdang, penghasilan Padi Kadaria yang juga padi hibrid pertama di Malaysia di Kelantan, pembuatan lemang menggunakan ketuhar dan silinder, selain penggunaan jentera baru menuai padi dan pengubahsuaian traktor bagi penanaman nanas di tanah gambut.

TIMBALAN Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (Pengurusan dan pengembangan), Datin Jatil Aliah Ttimin menunjukkan kaedah pertanian hidroponik yang dipamerkan di Jabatan Pertanian sempena HPPNK 2019 di  Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Kilang tanaman yang boleh menghasilkan produk sayuran bernilai tinggi dengan mengetengahkan penggunaan cahaya lampu dan warnanya yang membawa peranan tersendiri, sekali gus menamatkan masalah penggunaan tenaga kerja yang ramai, penggunaan tanah selain pemantauan yang lebih mudah dibuat menerusi telefon bimbit.

 PENGUNJUNG melihat nangka madu yang dipamerkan di Pameran Pertandingan Hasil Pertanian sempena HPPNK 2019 di  Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.
PENGUNJUNG melihat nangka madu yang dipamerkan di Pameran Pertandingan Hasil Pertanian sempena HPPNK 2019 di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Di Kelantan pula, teknologi penghasilan Padi Kadaria membantu meningkatkan hasil pengeluaran antara 15 hingga 20 peratus bagi setiap hektar sekali gus membantu pengusaha padi di negeri itu mendapat hasil yang tinggi berbanding dahulu apabila petani berdepan masalah kawasan tidak sesuai akibat cuaca panas.

MOHD Azli Abdol Mihat (kiri) bersama isteri, Fifi Norbaizura Mohd Salim dan anak, Nur Adelia Qisya, 7 menunjukkan jus dan aiskrim perisa nenas yang dijual di Agro Niaga  sempena HPPNK 2019 di  Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Pada masa sama, penggunaan ketuhar dan silinder lemang yang dihasilkan MARDI dan sudah digunakan oleh 10 usahawan seluruh negara ini dapat menyelesaikan isu kesukaran usahawan mendapatkan buluh, masalah panas dan berasap yang boleh mencemarkan alam sekitar selain tidak menggunakan ruang memasak yang luas dan terbuka, selain lemang dapat dimasak secara seragam.

JENTERA baharu untuk menuai padi beraliran paksi 'Caseih AF4077' yang dipamerkan di Laman Mekanisasi dan Automasi sempena HPPNK 2019 di  Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.
JENTERA baharu untuk menuai padi beraliran paksi 'Caseih AF4077' yang dipamerkan di Laman Mekanisasi dan Automasi sempena HPPNK 2019 di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Begitu juga dengan pengenalan jentera menuai padi yang baharu beraliran paksi, CASEiH AF4077 yang mampu meleraikan padi dengan lebih efektif dan mengurangkan kehilangan padi akibat jatuh selepas dituai.

Malah MARDI turut menghasilkan traktor yang diubah suai bagi penanaman nanas di tanah gambut dipanggil traktor trek berkelegaan tinggi.

PENGUNJUNG melihat kaedah pertanian hidroponik yang dipamerkan di Jabatan Pertanian sempena HPPNK 2019 di  Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.
PENGUNJUNG melihat kaedah pertanian hidroponik yang dipamerkan di Jabatan Pertanian sempena HPPNK 2019 di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 10:01 AM