Shamsul Munir Safini

LELAKI dan teman wanitanya dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas tuduhan mengedar dadah pada 2015.

Kedua-dua mereka juga tidak dipanggil membela diri daripada tuduhan berkenaan.

Seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang proses perbicaraan kes itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Lim Beng Hock, 51, dan Nguyen Thi Mong Tien, 30-an yang juga warga Vietnam di akhir kes pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-dua mereka secara bersama didakwa mengedar dadah heroin seberat 3,278.1 gram (g) di unit Kondominium N Park, Jalan Batu Uban, Gelugor, 12.05 tengah malam pada 31 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua, mereka di tempat, tarikh dan masa yang sama didakwa bersama-sama mengedar methamphetamine seberat 1,035.11g.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Irwan Suaibon manakala tertuduh diwakili peguam Hussain Abdul Rashid dan Benjamin Tan Yi Bin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 12:59 PM
PASANGAN kekasih Lim Beng Hock, 51, dan Nguyen Thi Mong Tien, 30an warga Vietnam terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, melepas dan membebaskan mereka tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan mengedar dadah pada 31 Julai 2015.  FOTO Mikail Ong