GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Fardy Bungga


WANITA orang kurang upaya (OKU) bisu ditumbuk dan ditendang suaminya kerana meminta wang untuk membeli susu anak di Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu.

Kejadian berlaku pada 10 September lalu menyebabkan mangsa berusia 26 tahun lebam di badan.

Difahamkan, suaminya berang apabila mangsa meminta wang untuk membeli susu anak mereka yang berusia setahun disebabkan dia tidak bekerja serta tiada pendapatan.

Kejadian itu disedari ahli keluarga mangsa yang membawanya membuat laporan di Balai Polis Inanam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga 1994.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 11:42 AM