KEADAAN trafik sesak susulan kemalangan membabitkan di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban. FOTO Iqmal Haqim Rosman
KEADAAN trafik sesak susulan kemalangan membabitkan di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban. FOTO Iqmal Haqim Rosman
BERNAMA

TRAFIK dilaporkan sesak sejauh tujuh kilometer (km) di KM 269.9, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban pagi ini, ekoran kerja-kerja pengalihan dua lori yang terlibat dalam kemalangan, malam tadi.

Menurut jurucakap PLUS, kesesakan itu berikutan lorong kiri dan tengah, masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan.

“Laluan kontra juga telah ditutup. Trafik sesak 7 km,” katanya di Seremban.

Semalam, tiga dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, termasuk dua motosikal, di KM 269.9, PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

Bagaimanapun, maklumat terperinci kemalangan tersebut masih belum diperoleh setakat ini.

Berita berkaitan:

  • Tiga maut dekat R&R Seremban
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 9:41 AM