ANTARA kenderaan terbabit kemalangan itu. FOTO Ihsan Polis
ANTARA kenderaan terbabit kemalangan itu. FOTO Ihsan Polis
Raja Noraina Raja Rahim

Ole Raja Noraina Raja Rahim

[email protected]

Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban di Seremban, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kemalangan membabitkan lori tangki, lori membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG) dan dua motosikal.

"Polis menerima maklumat kejadian 10 malam. Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia iaitu penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu lori membawa muatan tong gas," katanya dalam kenyataan.

Ibrahim berkata, laluan ditutup sepenuhnya dan kejadian mengakibatkan kesesakan sejauh lima kilometer.

"Kenderaan dilencong masuk ke Tol Ainsdale dan keluar ikut Tol Nilai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 12:02 AM