AWALLUDDIN Ali. FOTO Rosli Ilham.
AWALLUDDIN Ali. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


“KALAULAH benar bot mereka rosak, saya jangka tiga mangsa itu hanyut ke perairan Vietnam," kata seorang nelayan, Awalluddin Ali, 50.

Menurutnya, dia menjangkakan semua mangsa, Muhammad Firdaus Mohd Awalluddin, 25, Mohamad Hafiz Abd Rahim, 22, dan Fauzi Mohamad, 40, hanyut ke perairan negara itu berikutan angin barat daya bertiup ke arah utara.

Katanya, pendapatnya itu berdasarkan sekiranya bot mangsa mengalami kerosakan dan bukannya tenggelam dipukul ombak ketika dalam perjalanan ke Pulau Tenggol, Rabu lalu. “Mengikut bacaan angin yang bertiup sehingga 24 knot dari Rabu hingga hari ini, saya percaya mereka hanyut melebihi 40 batu nautika dari Pulau Tenggol.

“Ini andaian dan pengalaman saya, mereka mesti hanyut ke tengah dan sudah keluar dari perairan Kelantan," katanya.

Menurutnya, sekiranya bot terbabit rosak dan mangsa meletakkan sauh, ia langsung tidak berguna kerana paras air di kawasan itu sangat dalam sehingga mencecah 70 meter.

“Sauh tak akan sampai ke dasar laut, tambahan pula bot gentian kaca mereka ringan dan lebih cepat dihanyutkan akibat pukulan angin yang kuat.

“Saya memberi cadangan dan berharap supaya pasukan mencari dan menyelamat tidak membuat penumpuan di kawasan daratan kerana mereka telah hanyut terlalu jauh dari radius kawasan pencarian.

“Ini bukan pendapat saya seorang, malah diakui rakan nelayan lain bahawa mereka hanyut jauh dari radius pencarian pihak berkuasa," katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, bot pelancong dinaiki dua pemandu bot serta seorang pekerja resort tidak sampai ke resort Pulau Tenggol selepas berlepas dari jeti Kampung Rajawali Pulau Serai, pada 12 tengah hari.

Mereka dikatakan dalam perjalanan menghantar bekalan makanan ke resort terbabit.

Kehilangan ketiga-tiga mereka menyebabkan pihak pengurusan resort membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 4 petang.

Berita berkaitan

'Semoga pencarian tiga lelaki dipermudahkan'

'Impikan hadiah hari jadi terindah'

''Kami tak buat begitu, malu betul...''

'Pencarian diperluaskan'

'Rahsiakan daripada ibu'

'Doakan anak saya selamat'

Jangan sebar maklumat palsu boh!

'Firasat saya, mereka masih hidup'

Pencarian sehingga 10 batu nautika

Tiga lelaki tak sampai-sampai...

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 2:00 AM