KAPAL KM Pekan milik APMM akan membawa pulang tiga mangsa bot hanyut dari pelantar minyak Bunga Orkid. FOTO Rosli Ilham
KAPAL KM Pekan milik APMM akan membawa pulang tiga mangsa bot hanyut dari pelantar minyak Bunga Orkid. FOTO Rosli Ilham
Zatul Iffah Zolkiply


AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan asetnya ke pelantar minyak Bunga Orkid milik PETRONAS bagi membawa pulang tiga pekerja Coral Island Resort yang ditemui selamat, semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, semua mangsa ditemui selamat kira-kira jam 11.45 malam semalam oleh bot nelayan laut dalam tempatan yang terdiri daripada tekong dan awak-awak warga Thailand.

“Tiga mangsa iaitu Fauzi Mohamad, 40; Muhammad Firdaus Mohd Awalluddin, 25, dan Mohamad Hafiz Abd Rahim, 22, diserahkan kepada Support Vessel JATI 4 berhampiran pelantar minyak Bunga Orkid yang terletak kira-kira 150 batu nautika dari Kuala Dungun.

“Ketika diselamatkan, semua mangsa berada dalam keadaan keletihan dan krew JATI 4 membantu dengan memberikan makanan serta rawatan awal.

“Mereka hanyut di dalam bot fiber mereka yang mengalami kerosakan enjin ketika dalam perjalanan menghantar bekalan makanan dari Jeti A’King, Kuala Dungun menuju ke Pulau Tenggol pada 31 Julai lalu.

“Sebaik mendapat maklum, KM Pekan segera digerakkan ke pelantar minyak berkenaan dan dijangka tiba di Kuala Dungun, Dungun kira-kira 11 malam ini,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, hari ini.

Berita berkaitan

'Allah makbulkan doa saya hari ini'

Alhamdulillah semua selamat

'Semoga pencarian tiga lelaki dipermudahkan'

'Impikan hadiah hari jadi terindah'

''Kami tak buat begitu, malu betul...''

'Pencarian diperluaskan'

'Rahsiakan daripada ibu'

'Doakan anak saya selamat'

Jangan sebar maklumat palsu boh!

'Firasat saya, mereka masih hidup'

Pencarian sehingga 10 batu nautika

Tiga lelaki tak sampai-sampai...

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 8:36 PM