PAPARAN status di laman Facebook rasmi, Tunku Ismail ketika menyambut kelahiran bayi baginda pada 17  Julai lalu. FOTO Facebook
PAPARAN status di laman Facebook rasmi, Tunku Ismail ketika menyambut kelahiran bayi baginda pada 17 Julai lalu. FOTO Facebook
Ibrahim Isa


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menamakan cucu lelaki yang baru dilahirkan 17 Julai lalu sebagai Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, hari ini.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu pengumuman Diraja yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Johor berkata, Sultan Ibrahim menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 17 Julai lalu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebagai Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Pada 17 Julai lalu, isteri Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan putera dan khabar gembira itu dikongsikan menerusi FB peribadi miliknya.

Pada 25 Jun 2016, Che Puan Khaleeda selamat melahirkan puteri sulung di HSA.

Isteri TMJ itu melahirkan cucu sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah, pada 9.17 pagi.

Pada 14 Oktober 2017, keluarga Diraja Johor, terutama Tunku Ismail memperoleh khabar gembira selepas Che Puan Khaleeda selamat melahirkan putera sulung mereka di Wad Diraja HSA.

Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Julai 2019 @ 3:09 PM