Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Foto NSTP
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Foto NSTP
Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini perkenan menamakan cucu perempuannya sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu pengumuman Diraja yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Johor berkata, Sultan Ibrahim menamakan cucu perempuan baginda dan puteri serta waris Tunku Mahkota Johor keempat yang diputerakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pada 21 April lalu.

Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda Bustamam melangsungkan pernikahan pada 2014 dan dikurniakan tiga anakanda iaitu seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Tunku Khalsom Aminah Sofiah, diputerakan pada 25 Jun 2016, diikuti Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang juga pewaris takhta Johor pada 14 Oktober 2017 dan Tunku Abu Bakar Ibrahim pada 17 Julai 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 8:06 PM