Ucapan tahniah bersama jambangan bunga untuk puteri sulung Tunku Ismail dan isteri Che' Puan Khaleeda.
Ucapan tahniah bersama jambangan bunga untuk puteri sulung Tunku Ismail dan isteri Che' Puan Khaleeda.
Puteri sulung Tunku Ismail dan isteri Che' Puan Khaleeda diberi nama Tunku Khalsom Aminah Sofiah.
Puteri sulung Tunku Ismail dan isteri Che' Puan Khaleeda diberi nama Tunku Khalsom Aminah Sofiah.
Tunku Ismail dan isteri Che' Puan Khaleeda ketika berangkat pulang bersama puteri sulung mereka dari hospital.
Tunku Ismail dan isteri Che' Puan Khaleeda ketika berangkat pulang bersama puteri sulung mereka dari hospital.
BERNAMA

Johor Bahru: Puteri sulung Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Che' Puan Khaleeda Bustamam diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli yang dimuat naik di Facebook rasmi pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers, hari ini.

Menurut Abdul Rahim, Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda selamat berangkat pulang ke Istana Bukit Pelangi hari ini dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

"Che Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail berada dalam keadaan sihat. Allah Peliharakan Sultan," kata Abdul Rahim.

Che' Puan Khaleeda selamat melahirkan puteri sulungnya pada 25 Jun lalu, di Wad Diraja hospital berkenaan.

Laman Facebook itu turut berkongsikan beberapa keping gambar kepulangan Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda serta puteri mereka ke Istana Bukit Pelangi dan rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan kerabat diraja terbabit.

Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 11:41 PM