SUSPEK (berbaju oren) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. FOTO NUR SALIAWATI SALBERI
SUSPEK (berbaju oren) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. FOTO NUR SALIAWATI SALBERI
Nur Saliawati Salberi


ANGKARA melakukan serangan seksual fizikal terhadap pelajar tingkatan dua yang juga teman wanitanya, seorang tukang kebun direman bagi membantu siasatan.

Perintah reman selama tujuh hari itu bermula hari ini sehingga 25 Jun dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar selepas ibu remaja perempuan berusia 14 tahun terbaca mesej perbualan di aplikasi WhatsApp telefon bimbit anaknya yang mengandungi unsur lucah.

Malah pemeriksaan lanjut dilakukan ibu bapa remaja itu menemui perbualan suspek berusia 47 tahun mengajak anaknya melakukan hubungan seks selain meminta pelajar itu menghantar gambar kemaluan kepadanya.

Sumber berkata, mangsa dipercayai menjalinkan hubungan cinta kerana terpedaya kata-kata suspek yang juga tukang kebun di sekolahnya yang berjanji akan mengahwininya sebaik tamat sekolah.

Beliau berkata, terdorong dengan itu, mangsa bersama suspek ke sebuah hotel kira-kira jam 2.30 petang pada 5 Mei lalu.

“Ketika di hotel, suspek bertindak mencium mangsa serta meminta melakukan seks oral.

“Manakala kejadian kedua pula berlaku di belakang rumah mangsa pada 3 Jun lalu dan kedua-duanya kejadian dilakukan dengan kerelaan tanpa paksaan,” katanya.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan kesihatan dilakukan pakar perubatan mendapati tiada kesan koyakan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu selain kes disiasat mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Jun 2019 @ 6:02 PM