Nur Saliawati Salberi


Melaka: Pegawai kanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan meminta sogokan untuk kelulusan projek, dibebaskan dengan ikat jamin RM100, 000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, pagi tadi.

Suspek berusia 55 tahun bergelar Datuk itu direman bermula Selasa lalu mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 sebelum dibebaskan dengan dua penjamin.

Jaminan dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi.

Suspek tiba di mahkamah pada 9.15 pagi sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah 10 minit kemudian diiringi pegawai SPRM dan peguamnya Azrul Zulkifli Stork.

Media sebelum ini melaporkan, akaun dan aset milik suspek yang bernilai puluhan juta ringgit turut dibekukan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2016 @ 12:04 PM
Pegawai PBT Melaka bergelar Datuk keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000. - Foto MUHAMMAD HATIM AB MANAN
Pegawai PBT Melaka bergelar Datuk keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000. - Foto MUHAMMAD HATIM AB MANAN