Vivo Malaysia

TERINGIN melancong ke luar negara tapi keadaan kewangan tidak mencukupi?

Jangan bimbang kerana anda mungkin bertuah untuk melancong ke Jepun, China, Korea, Turki, India, Makkah, Croatia, Greece, Mesir, Perancis, Jerman, Australia ataupun Itali.

Caranya mudah saja, hanya dengan menyertai peraduan ‘Travel Around The World With Vivo’ yang diadakan sempena menyambut hari lebaran tidak lama lagi.

Ia menawarkan hadiah utama berupa percutian enam hari lima malam di beberapa negara termasuk Jepun, China, Korea, Turki, India, Makkah, Croatia, Greece, Mesir , Perancis, Jerman, Australia dan Itali.

Setiap pembelian telefon pintar jenama Vivo layak menyertai peraduan dan menang percutian di lokasi terpilih.

Pelanggan boleh membeli telefon di mana-mana Kedai Konsep Vivo termasuk Kedai Telco dan kemudiannya menghantar nombor peranti IMEI menerusi WeChat Vivo Malaysia.


Seorang pemenang bertuah akan menerima dua tiket pakej melancong ke destinasi pilihan mereka. Selain itu, wang tunai dan hadiah menarik lain bernilai lebih RM40,000 juga ditawarkan termasuk tiga hadiah pertama bernilai RM1,888 setiap satu.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada pengguna dan peminat setia Vivo menerusi peraduan ini.

“Kunjungilah mana-mana cawangan Vivo terdekat untuk menyertai peraduan ini. Jika anda mencari telefon baru, inilah peluang terbaik untuk mendapatkannya. Kami di Vivo Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakan beragama Islam,” katanya.

Pengguna yang membeli telefon pintar Vivo dengan pengedar yang sah akan diberikan kod QR untuk diimbas yang mana mereka juga perlu menghantar IMEI peranti Vivo yang baru dibeli menerusi WeChat untuk cabutan bertuah.

Peraduan bermula 25 Mei lalu dan berakhir 9 Jun depan. Justeru, pengguna boleh membeli telefon pintar Vivo menerusi talian https://www.vivostore.com.my atau pengedar yang sah yang berhampiran anda di www.bit.ly/WhereToBuyVivo.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi Facebook, https://www.facebook.com/VivoMalaysia

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2019 @ 5:54 PM