Panasonic Malaysia

TIBA hari ke-10 umat Islam berpuasa, kemeriahan sambutan hari raya semakin kuat dirasa. Ketika ini kaum ibu sudah ligat merancang pelbagai persiapan. Anak gadis dan teruna pula ikut sama membantu melengkapkan senarai yang perlu dibeli.

Bermula dengan tema baju raya, langsir, kelengkapan rumah, biskut, juadah yang bakal dihidangkan kepada tetamu, persediaan ruang untuk saudara-mara bertandang, aksesori mahupun alat solek. Semuanya harus diteliti satu persatu.

Kalau sudah namanya raya, persiapan haruslah dibuat rapi. Berbanding musim cuti lain hari raya selalunya meriah dengan kunjungan orang tersayang, sanak saudara, rakan taulan serta mereka yang lama terpisah.

Meraikan saat gembira sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri nanti, Panasonic menawarkan banyak pilihan perkakasan menarik buat membantu meringankan kerja rumah, sekali gus memberi keselesaan berpanjangan.

Lihat saja bagaimana ketuhar perolakan stim panas lampau terbarunya, Big Cubie menyediakan hidangan enak dan menyihatkan buat seisi keluarga.


Mempunyai kapasiti ruangan dalaman 30 liter, ia memasak atau membakar hidangan di dalamnya dengan menggunakan wap yang dihasilkan menerusi pemanasan air melebihi 100 darjah Celsius.

Siapkan saja bahan-bahan dan biarkan ketuhar ini bekerja sendirian di dapur. Tentu banyak masa boleh dijimatkan, tambahan dalam kesibukan melayani tetamu yang datang bertandang.


Selain menguruskan keperluan dapur, lihat juga kelengkapan bersesuaian untuk ruang tamu, bilik tidur mahupun ruang mencuci pakaian. Selalunya, bermula malam raya, anak-anak dan saudara sudah berpusu-pusu tiba.

Ketika ini mesin basuh, kipas, pendingin hawa dan penyedut hampagas terpaksa bekerja lebih masa untuk keselesaan semua. Jadi, tidak rugi jika melabur sedikit wang untuk mendapatkan kipas siling lima bilah dengan lampu LED dan pendingin hawa premium R32 inverter untuk pengudaraan bersih serta nyaman.


Untuk keselamatan bayi dan keselesaan anak kecil, penyedut hampagas tanpa wayar boleh membantu tuan rumah membersihkan permukaan lantai dan karpet bila-bila masa diperlukan.


Manakala untuk meringankan kerja mencuci pakaian, mesin basuh muatan depan Panasonic adalah pilihan tepat. Ia menjamin cucian lebih pantas dan dua kali lebih bersih, sesuai untuk waktu sibuk.


Selebihnya, berbelanjalah untuk kecantikan diri. Pengering rambut 1800W nanoe™ dengan dwi-mineralnya bukan saja berfungsi merapikan gaya, bahkan memberi manfaat penjagaan kulit kepala dan melindungi dari sinar ultra ungu.


Tawaran hebat menanti anda di Panasonic! Promosi “Jom Raya” Panasonic kini berlangsung dari 1 Mei hingga 9 Jun 2019 di semua cawangan! Dapatkan pelbagai barangan elektrik Panasonic pada harga promosi dengan hadiah-hadiah percuma yang menarik!

Untuk maklumat lanjut, layari www.panasonic.com.my sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2019 @ 5:13 PM