FOTO Mustaffa Kamal
FOTO Mustaffa Kamal
Hamizah Badiran

GOLONGAN wanita terutamanya tidak perlu berasa gusar lagi memikirkan masalah menggosok pakaian kerana Panasonic Malaysia memperkenalkan seterika wap tanpa wayar, Panasonic Cordless 3600 Freestyle Steam Iron NI-WL41VSK yang memudahkan urusan kerja menggosok.

Menggunakan seterika wap tanpa wayar terbaharu ini, aktiviti menggosok pasti lebih menjimatkan masa, seronok dan menggembirakan.

Ini kerana kerumitan yang dihadapi seperti pakaian akan jatuh ke lantai atau berkeronyok kerana wayar tersangkut pada baju dan papan sewaktu menggosok menggunakan seterika konvensional dahulu akan hilang serta-merta.

Justeru, kini pengguna tidak perlu lagi berasa marah atau tertekan untuk menggosok apatah lagi pada waktu pagi sebelum melangkah ke tempat kerja.

Revolusi Panasonic Cordless 3600 Freestyle Steam Iron NI-WL41VSK ini mementingkan keselamatan, keselesaan dan keperluan penggunanya yang berubah seiring dengan perubahan gaya hidup masa kini, ternyata membantu kerja seharian.

Dilengkapi reka bentuk praktikal, comel dan ringan untuk memudahkan penggunaan, ia juga dihasilkan dengan rekaan bergaya.

Tapak seterika disalut seramik direka untuk membolehkan menggosok dalam pelbagai arah sama ada ke depan, belakang atau tepi tanpa meninggalkan sebarang kedutan kerana rekaan melengkung pada bahagian soleplate.

Eksekutif Pemasaran Unit Pemasaran Barangan Rumah, Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Daniel Ling, berkata tapak seterika itu juga mudah meluncur di atas pelbagai jenis fabrik termasuk denim, pakaian berkait mahupun baju-T.

“Penggunaan seterika yang mempunyai wap ini akan membuatkan baju lebih cepat hilang kedutan kerana adanya wap panas yang keluar daripada seterika.

“Ia tidak sama seperti menyemburkan air ke atas baju yang biasa dilakukan.

“Ini kerana air yang disembur hanya melekat di permukaan baju dan suhunya adalah sejuk manakala wap daripada NI-WL41VSK adalah panas dan menembusi fabrik sehingga ke lapisan bawah atau sebelah baju,” katanya ketika ditemui selepas melakukan demonstrasi model terbaharu itu di belakang pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2019 (KLFW) di Pusat Beli-Belah Pavilion.

DANIEL menunjukkan keberkesanan seterika wap tanpa wayar terbaru Panasonic. FOTO Mustaffa Kamal
DANIEL menunjukkan keberkesanan seterika wap tanpa wayar terbaru Panasonic. FOTO Mustaffa Kamal

Tanpa wayar berselirat, hanya gerak seterika dengan mudah menjadikan NI-WL41VSK lebih istimewa berbanding seterika konvensional yang lain.

Jika menggunakan seterika biasa, situasi yang sering dilakukan pengguna selepas menggosok pakaian adalah dengan hanya menutup suis, tanggalkan palam atau membiarkannya tanpa menggulung wayar dengan sempurna.

Kelihatan selamat, tetapi ia agak berbahaya kerana wujud kemungkinan boleh berlaku litar pintas.

Justeru, dengan kehadiran NI-WL41VSK kini ia bukan sahaja lebih praktikal, tetapi juga selamat terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Paling penting, ia juga senang dibawa serta disimpan di mana sahaja kerana mempunyai penutup khas yang akan mengubahnya kelihatan seperti beg kecil.

Semburan wapnya pula lebih menyeluruh kerana bukan hanya bertindak sebagai seterika mendatar, malah boleh mengeluarkan wap secara menegak untuk pakaian yang digantung.

Tidak hanya itu, semburan terbabit juga membantu untuk menyingkirkan bau hapak pada pakaian terutama untuk sesetengah pakaian yang tersimpan lama di dalam almari.

Kata Daniel, asap panas yang keluar melalui lubang-lubang kecil pada tapak di bawah alat pemanas seterika wap membantu melonggarkan gentian pakaian dan menghilangkan kedutan.

“Sistem anti-drip dan anti calc yang dimiliki pula melindungi fabrik daripada titisan air.

“Paling selamat, ia berfungsi ‘auto shut off’ secara automatik jika pengguna terlupa untuk mematikannya selepas 10 minit diguna atau ditinggalkan,” katanya.

PENGURUS Besar Jabatan Komunikasi Audio Visual, Jabatan Pemasaran Peralatan Rumah Panasonic Malaysia, Ng Hong Ping (kiri), Pengurus Besar, Jabatan Inovasi Pemasaran, Panasonic Malaysia, Chew Keng Heng (kanan) dan Eksekutif Pemasaran Bahagian Kelengkapan Rumah Panasonic Malaysia, Daniel Ling menunjukkan produk terbaru Panasonic, seterika stim tanpa wayar. FOTO Mustaffa Kamal
PENGURUS Besar Jabatan Komunikasi Audio Visual, Jabatan Pemasaran Peralatan Rumah Panasonic Malaysia, Ng Hong Ping (kiri), Pengurus Besar, Jabatan Inovasi Pemasaran, Panasonic Malaysia, Chew Keng Heng (kanan) dan Eksekutif Pemasaran Bahagian Kelengkapan Rumah Panasonic Malaysia, Daniel Ling menunjukkan produk terbaru Panasonic, seterika stim tanpa wayar. FOTO Mustaffa Kamal

Selain itu, dengan adanya bahagian asas atau tempat meletak seterika yang ergonomik, ia tidak akan mudah terjatuh sekiranya papan seterika goyang berbanding seterika biasa yang akan diletak secara menegak.

Panasonic Cordless 3600 Freestyle Steam Iron NI-WL41VSK yang hanya seberat 970 gram turut mempunyai tiga tahap pelarasan butang wap dan bekas air yang boleh ditanggalkan.

Model terbaharu itu kini dijual di semua gedung runcit seluruh negara pada harga RM359. Untuk maklumat lanjut mengenai seterika keluaran Panasonic ini, layari www.panasonic.com.my/consumer/home-appliances/irons-garment-steamers/steam-type/ni-wl41vsk.html.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 10:41 AM