HUAWEI

PENAMPILAN bergaya bukan sahaja menjadi tren orang ramai hari ini malah semua jenama sekali pun turut mengutamakan perkara seumpama ini.

Perubahan drastik dalam dunia moden membuatkan semua pihak berlumba-lumba menampilkan pelbagai kelainan dan pasti menjadi cabaran terutama individu.

Rentetan ini membuatkan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dan HUAWEI Nova memperkenalkan Pertandingan Reka Bentuk awal bulan ini yang memberi peluang kepada anda untuk menjadi salah seorang hakim untuk ‘#WeAreNova By The People Design Contest.’

Bermula 26 Mei hingga 2 Jun ini, anda boleh memilih dan mengundi reka bentuk yang dihantar mengikut pilihan anda di laman rasmi KLFW.

Semua reka bentuk akan disiarkan selama seminggu menerusi album Facebook rasmi KLFW dan orang ramai boleh mengundi dengan hanya menekan butang ‘suka’.

Daripada 10 reka bentuk terbaik, pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah ‘like’ terbanyak diterima dan keputusan itu akan dipaparkan di pentas peragaan KLFW 2019. Pengundi bertuah berpeluang mendapatkan Nova 4 secara percuma!

Undi pilihan anda dan dapatkan Nova 4 secara percuma. Pertandingan ini adalah menggambarkan reka bentuk generasi baru dengan HUAWEI Nova.

Ini kerana HUAWEI Nova adalah salah satu telefon pintar memberi keutamaan kepada orang muda, fesyen, seperti kemeja T, baju panas, jaket dan sebagainya.

Buat masa ini, undian peringkat minggu pertama sudah bermula dan penonton boleh memilih reka bentuk kegemaran mereka di Facebook rasmi KLFW.

Senarai 10 terbaik akan diumumkan kemudian yang bakal merealisasikan impian mereka di KLFW 2019. Di sinilah peluang terbaik untuk merasai sentuhan produk bergaya yang hanya ditentukan oleh orang kebiasaan.

Selain itu, pengundi bertuah berpeluang menerima HUAWEI Nova 4 secara percuma.

Lebih 300 penyertaan dan rekaan yang diinspirasikan oleh Nova diterima. Pertandingan ini adalah platform menonjolkan bakal dalam dunia fesyen.



Sejak dua minggu lalu, KLFW menerima sokongan dan penyertaan yang besar dari rakyat Malaysia. Sebanyak 363 pendaftaran dan 252 reka bentuk dihantar yang diinspirasikan daripada pesona HUAWEI Nova.


Idea ini dicipta 30 pereka profesional serta bakat muda yang memegang hasrat dan kreativiti dalam fesyen. Peraduan ini berfungsi sebagai platform bagi setiap belia menonjolkan idea fesyen mereka.



Bergaya dengan telefon pintar Ramadan ini. Sejak beberapa tahun lalu, KLFW menjadi fasilitator terbesar untuk fesyen di Malaysia menerusi kerjasama unik dengan HUAWEI.

Ini tahun kedua KLFW berganding bahu dengan HUAWEI Nova siri. Peranti ini dibangunkan untuk belia berhubung dengan keperluan mereka, fesyen dan ekspresi.

Terkini, HUAWEI memperkenalkan model 4 dan 4e yang menjadikan telefon pintar paling bergaya, bentuk yang dinamik, warna yang anggun serta kamera yang canggih.

HUAWEI Nova 4 dijual pada harga RM1,699 di mana anda berjimat sebanyak RM200 berbanding harga sebelumnya manakala Nova 4e pula RM1,199.

Pengguna boleh mendapatkannya di HUAWEI Experience Stores, Kedai Paparan seperti syarikat telekomunikasi. Beli HUAWEI Nova 4 Siri sepanjang Ramadan anda layak menerima kad VIP bernilai RM1,000.

Pengguna HUAWEI Nova 4 Siri juga menerima peluang memenangi HUAWEI Band 3 bernilai RM239.

Maklumat lanjut, layari https://consumer.HUAWEI.com/my/ atau Facebook rasmi HUAWEI www.facebook.com/HUAWEIMobileMY .

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 11:44 AM