Mangsa maut digilis jengkaut. FOTO Ihsan PDRM
Mangsa maut digilis jengkaut. FOTO Ihsan PDRM
Garret Dawum


LELAKI maut digilis jengkaut yang mengundur di sebuah ladang di Kuala Baram, Miri Selasa lalu.

Selute Sigi, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat separuh badannya digilis jengkaut dipandu seorang lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku 4.20 petang ketika pemandu jengkaut yang berusia 20 tahun melakukan kerja mengangkat kayu balak.

“Apabila pemandu mengundurkan jengkaut, dia tidak menyedari mangsa berada di belakang lalu melanggar dan menggilis separuh badan mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat,” katanya.

Alexson berkata, pemandu jengkaut itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 11:47 AM