CHE Hamzah Hussin, 33 dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan memiliki heroin seberat 8.35 gram di rumah tanpa bernombor kampung Lembah Cherang Ruku, Pasir Puteh pada 21 Disember 2018 lalu. FOTO Zaman Huri Isa
CHE Hamzah Hussin, 33 dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan memiliki heroin seberat 8.35 gram di rumah tanpa bernombor kampung Lembah Cherang Ruku, Pasir Puteh pada 21 Disember 2018 lalu. FOTO Zaman Huri Isa
Muhamaad Razis Ismail


PENGANGGUR dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan memiliki heroin seberat 8.35 gram, tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Che Hamzah Hussin, 33, mengaku salah terhadap tuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Disember 2018.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki heroin seberat 8.35 gram di rumah tanpa bernombor di kampung Lembah Cherang Ruku, Pasir Puteh pada 10.10 malam, 21 Disember 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana sudah insaf dengan kesalahannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan serius.

“Sebelum ini tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang membawa hukuman gantung, namun selepas dianalisa, berat bersih dadah itu turun.

“Mahkamah diminta mengambil kira kesalahan dadah turut menjurus kes jenayah lain termasuk samun, bunuh dan sebagainya di negara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 1:33 PM