Keadaan pemandu lelaki dalam kenderaan yang mengakibatkan penumpangnya maut. FOTO Ihsan Bomba
Keadaan pemandu lelaki dalam kenderaan yang mengakibatkan penumpangnya maut. FOTO Ihsan Bomba
Norrasyidah Arshad


WANITA maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki yang dipandu rakannya terbabas di Bulatan Elmina Valley, Seksyen U15, Shah Alam, malam tadi.

Dalam kejadian 11.50 malam itu, mangsa, Sharina Zee Alexander, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada badan.

Rakannya yang memandu kereta itu, Ng Tiong Sin, 53, cedera dan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Mohd Apandi Mahmud berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.56 malam.

Menurutnya, sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 10 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi itu, kedua-dua mangsa didapati dalam kereta berkenaan dan kami terpaksa menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Penumpang kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandunya mengalami kecederaan pada badan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Keadaan kereta yang remuk teruk selepas terbabas di Bulatan Elmina Valley, Seksyen U15, Shah Alam. FOTO Ihsan Bomba
Keadaan kereta yang remuk teruk selepas terbabas di Bulatan Elmina Valley, Seksyen U15, Shah Alam. FOTO Ihsan Bomba

Kedua-dua mangsa tersepit ditempat duduk masing-masing sebelum penumpang disahkan meninggal dunia. FOTO Ihsan Bomba
Kedua-dua mangsa tersepit ditempat duduk masing-masing sebelum penumpang disahkan meninggal dunia. FOTO Ihsan Bomba

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 January 2019 @ 3:19 PM