TIGA wanita dan seorang lelaki terbunuh dalam kemalangan di kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur. FOTO Ihsan Bomba
TIGA wanita dan seorang lelaki terbunuh dalam kemalangan di kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur. FOTO Ihsan Bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


TIGA wanita dan seorang lelaki terbunuh dalam kemalangan di kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur, di Maran, hari ini.

Dalam kejadian 8.49 pagi itu, semua mangsa menaiki kereta Perodua Myvi dikatakan terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan.

Akibat rempuhan itu, semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala dan badan akibat tersepit dalam kenderaan yang remuk itu.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya terpaksa menggunakan mesin pemotong hidraulik bagi mengeluarkan empat mangsa yang tersepit.

TIGA wanita dan seorang lelaki terbunuh dalam kemalangan di kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur. FOTO Ihsan Bomba
TIGA wanita dan seorang lelaki terbunuh dalam kemalangan di kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur. FOTO Ihsan Bomba

"Semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Siasatan kemalangan diserahkan kepada pihak polis,”€ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Sani berkata, identiti kesemua mangsa sedang dikenal pasti dan usaha memaklumkan keluarga mangsa sedang dijalankan.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Jun 2018 @ 11:21 AM