NARENSAGARAN beramah mesra dengan orang ramai ketika  meninjau perayaan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, Georgetown. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
NARENSAGARAN beramah mesra dengan orang ramai ketika meninjau perayaan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, Georgetown. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Mohamed Basyir


ORANG ramai dinasihatkan supaya berhenti membuat spekulasi mengenai rakaman dash cam berhubung kejadian kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke dalam laut, yang diperoleh dari sebuah kenderaan lain.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narensagaran berkata, orang ramai tidak seharusnya membuat andaian hanya berdasarkan rakaman terbabit sebaliknya memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan.

“Kita akan menghantarnya kepada pasukan forensik untuk meneliti rakaman terbabit, sama ada ia berkaitan dengan kejadian berkenaan atau perkara lain.

“Bayangkan trauma dialami keluarga mangsa terpaksa membaca semua spekulasi berhubung kes ini. Kita perlu menghormati sentimen keluarga mereka juga.

“Jangan terlalu teruja dan buat spekulasi. Anda (pengamal media) dan kita (polis) perlu berlandaskan fakta,” katanya ketika ditemui di Festival Polis Komuniti sempena Thaipusam di Jalan Kebun dekat Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi semalam, SUV putih dipercayai dipandu Moey Yun Peng, 20, terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios, ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dalam jarak seluas 2 batu nautika dari lokasi kejadian, membabitkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Polis Marin.

Narensagaran berkata, pihak berkuasa kini menggerakkan aset dan menggandakan usaha pencarian mangsa.

Berita berkaitan

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

SUV terjunam: Operasi SAR diteruskan

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 2:51 PM