RAKAMAN dashcam sebelum Toyota Vios merempuh SUV putih yang kemudiannya tercampak ke dalam laut.
RAKAMAN dashcam sebelum Toyota Vios merempuh SUV putih yang kemudiannya tercampak ke dalam laut.
Hadzlihady Hassan


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terjunam ke dalam laut bersama kenderaannya selepas terbabit kemalangan di Kilometer 4.0, Jambatan Pulau Pinang, pagi semalam diperhebatkan lagi dengan menggunakan Alat Pengesan Sonar Teledyne T20P yang boleh mencerap sedalam 400 meter.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin berkata, bantuan yang diberikan Marine Sciene Technology Sdn Bhd itu dijangka dapat melancarkan lagi misi mencari mangsa yang dipercayai terperangkap bersama kereta di dalam laut.

“Peralatan itu dapat mengesan objek di dasar laut dan kita memperluaskan kawasan pencarian sejauh dua batu nautika, hari ini.

“Kita khuatir mungkin kenderaan terbabit dibawa arus sebelum jatuh ke dasar dan ini akan menyukarkan pencarian,” katanya pada sidang media di Jeti Pengkalan Marin, Batu Uban, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi semalam, dua kenderaan masing-masing Toyota Vios hitam dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) putih terbabit kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai.

Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pendandan rambut cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut manakala SUV putih itu pula berpusing beberapa kali sebelum terjunam dalam laut.

Identiti pemandu SUV itu dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20, selepas bapanya membuat laporan polis jam 5 petang, semalam kerana anaknya yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu masih tidak pulang.

Berita berkaitan

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

SUV terjunam: Operasi SAR diteruskan

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 3:24 PM