OPERASI membawa naik SUV Mazda CX-5 putih yang terhumban ke laut selepas kemalangan di KM4 Jambatan Pulau Pinang awal pagi Ahad lalu, terpaksa ditangguhkan seketika selepas tali terlucut dari cangkuk kren.
OPERASI membawa naik SUV Mazda CX-5 putih yang terhumban ke laut selepas kemalangan di KM4 Jambatan Pulau Pinang awal pagi Ahad lalu, terpaksa ditangguhkan seketika selepas tali terlucut dari cangkuk kren.
Hadzlihady Hassan


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) untuk menarik kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih dari laut gagal selepas tali terlucut daripada cangkuk kren ketika cuba ditarik naik, hari ini.

Percubaan pertama untuk menarik SUV itu pada 5 petang, hari ini menemui kegagalan, namun pasukan penyelamat akan cuba untuk menyambung semula tali yang tercabut dari cangkuk itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, setakat ini pasukan penyelam akan cuba untuk memasang tali terbabit semula.

"Kemungkinan ia akan mengambil masa namun kita akan mencuba sedaya upaya melakukan yang terbaik bagi memastikan kerja menarik kenderaan itu berjalan lancar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, untuk menyambung semula tali yang tercabut itu kemungkinan mengambil masa lebih 30 minit.

Berita berkaitan

'Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir [METROTV]'

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 5:41 PM