KEADAAN sesak di Brinchang bukan masalah baru. FOTO Aizuddin Saad
KEADAAN sesak di Brinchang bukan masalah baru. FOTO Aizuddin Saad
T N Alagesh dan Nik Sukry Ramli

Cameron Highlands: Laluan sempit ditambah pula dengan jumlah kenderaan terlalu banyak sering menyebabkan perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit dari Tringkap ke Brinchang boleh mencecah hingga sejam pada musim cuti umum.

Ini antara masalah lapuk yang perlu diselesaikan Ahli Parlimen baru kawasan tanah tinggi itu sebaik dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, 26 Januari ini.

Bagi pemandu lori, R Manikam, 38, yang sering berulang-alik ke pusat peranginan itu untuk mengangkut sayur-sayuran, masalah kesesakan di pekan Brinchang sudah berlarutan sekian lama dan belum ada pihak dilihat bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah terbabit.

“Ini bukan masalah baru, sudah lama berlaku dan terus berulang tiap kali musim cuti umum atau cuti sekolah... laluan sedia ada sempit dan tidak lagi mampu menampung jumlah kenderaan yang memasuki kawasan Tanah Rata hingga ke pekan Cameron Highlands setiap kali cuti.

“Saya pernah terperangkap dalam kesesakan selama dua jam untuk jarak perjalanan hanya lima kilometer ketika musim cuti persekolahan beberapa tahun lalu dan ia sangat menyusahkan kami,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 January 2019 @ 11:50 AM