ZU Fadzli (dua dari kanan) menyerahkan baju kemeja-t Route 86 kepada Pengarah Vespa Planet, Dzulhelmee Mad Zarif pada program Jom Ride Ke Jelebu, baru-baru ini.
ZU Fadzli (dua dari kanan) menyerahkan baju kemeja-t Route 86 kepada Pengarah Vespa Planet, Dzulhelmee Mad Zarif pada program Jom Ride Ke Jelebu, baru-baru ini.
Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Projek komuniti Route 86 mampu melonjakkan Jelebu sebagai lokasi pelancongan popular di negeri ini.

Pengurus Projek, Zu Fadzli Yahya berkata, projek komuniti itu dimulakan minggu lalu sebagai usaha mempromosikan produk di Jelebu.

Katanya, Route 86 adalah jalan persekutuan bermula dari persimpangan masuk di Ampangan sehingga ke Simpang Pertang yang dibuka British pada 1911 dan menjadi satu-satunya jalan menghubungkan Seremban ke Jelebu ketika itu.

“Justeru, projek Route 86 dibuat bertujuan menarik kumpulan konvoi motosikal, kenderaan pacuan empat roda, pengembara solo dan kumpulan berbasikal menggunakan jalan.

“Ia membantu mempromosikan tempat pelancongan, inap desa, makanan, kraftangan, kebudayaan dan kesenian yang terdapat di Jelebu,” katanya pada program Jom Ride Ke Jelebu semalam.

Zu Fadli berkata, Jeram Toi, Gunung Telapak Buruk, Gerai Akar Kayu, Masjid Warisan Kuala Dulang, Makam Moyang Saleh, Gua Pelangi, Muzium Adat dan Roti Bom Tempayan antara lokasi menarik di sepanjang laluan berkenaan.

Katanya, menerusi projek Route 86, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkaitan mempromosikan produk di Hotel Sri Klawang yang menjadi pusat penerangan, pameran dan jualan.

Sementara itu, peniaga minyak kelapa dara, Khairil Anuar Zainal Azman, 47, berkata, Route 86 memberi peluang kepadanya mengembangkan perniagaannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Oktober 2018 @ 11:17 AM