LIMA jentera berat digunakan bagi pencarian mangsa. FOTO Ramdzan Masiam
LIMA jentera berat digunakan bagi pencarian mangsa. FOTO Ramdzan Masiam
Muhammad Yusri Muzamir

MISTERI kontena ke-13 terungkai apabila pihak berkuasa berjaya menemui struktur berkenaan tertanam di Sektor 3 di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Georgetown, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saadon Moktar berkata, kontena misteri itu ditemui tertanam sedalam hampir lima meter di kawasan berkenaan.

“Kontena misteri ini ditemui hancur dengan mangsa kesembilan iaitu lelaki warga Bangladesh, Mohamad Uzzal, 33, ditemui berhampiran cebisan struktur itu.

“Setakat ini, kita sedang membersihkan kawasan penemuan ini dan percaya ada mangsa lain yang tertimbus di sekitarnya,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Sehingga kini, seramai sembilan mangsa ditemui maut, manakala tiga cedera dan seorang lagi dikhuatiri tertimbus, selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh, kira-kira jam 1.56 petang, Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta itu muncul sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Berita berkaitan

[UPDATE] Mayat ke-9 ditemui

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Nampak suami 'ditelan' bumi

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Operasi SAR diteruskan

'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP

[UPDATE] Jumpa mayat kelapan

Dah 80 peratus kawasan runtuhan dialih

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Oktober 2018 @ 7:08 PM