Muhammad Yusri Muzamir


KONTRAKTOR projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Georgetown, didapati tidak mematuhi empat garis panduan yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata, ketidakpatuhan itu dikenal pasti selepas pemeriksaan mengejut dilakukan di tapak projek oleh Jawatankuasa Kawalan Hakisan dan Kelodak negeri, pada 8 Oktober lalu.

Beliau berkata, antaranya bahagian tanah atas dibiarkan terbuka tanpa lapisan sungkupan (mulching), tidak dipasang atau ditanam rumput di situ, selain kawasan cerun tidak dilitupi lapisan geotekstil.

“Pihak kontraktor juga gagal membina pagar kelodak di bahagian cerun di tapak projek terbabit. Kolam enapan, empangan hakisan dan beberapa komponen lain juga didapati gagal mematuhi garis panduan ditetapkan dalam Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP).

“Semua elemen ketidakpatuhan ini dikenal pasti mampu menjadi punca kejadian tanah runtuh dengan semakan dibuat di plot paling tinggi di tapak projek terbabit.

“Ekoran itu, notis sudah dikeluarkan kepada kontraktor dengan arahan supaya semua ketidakpatuhan itu diatasi dalam tempoh 14 hari atau mereka akan dikenakan tindakan, termasuk kompaun atau arahan pemberhentian kerja,” katanya pada sidang media di Georgetown, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus yang mengorbankan sembila pekerja binaan.

Kejadian Jumaat lalu itu turut mengakibatkan tiga cedera dan seorang lagi dikhuatiri tertimbus.

Sebelum ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku ekoran terdapat aliran anak sungai selain permukaannya yang mudah menakung air, struktur tanah peroi dan beberapa plot dikenal pasti sebagai kawasan tambakan.

Zairil berkata, pihak kontraktor juga gagal memaklumkan terdapat anak sungai serta kerja teknikal dilakukan sama ada untuk menghalang atau mengalih aliran berkenaan di bahagian atas kawasan pembinaan terbabit.

Berita berkaitan

Henti SAR jika tiada petunjuk baru [METROTV]

Cari hingga mayat ke-10 ditemui

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Nampak suami 'ditelan' bumi

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Operasi SAR diteruskan

'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP

[UPDATE] Jumpa mayat kelapan

Dah 80 peratus kawasan runtuhan dialih

'Harap kepala adik ditemui'

[UPDATE] Mayat ke-9 ditemui [METROTV]

Kontena ke-13 tak lagi misteri...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 8:31 PM