PASUKAN penyelamat membawa mayat mangsa kesembilan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Georgetown, semalam. FOTO Ramdzan Masiam.
PASUKAN penyelamat membawa mayat mangsa kesembilan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Georgetown, semalam. FOTO Ramdzan Masiam.
Muhammad Yusri Muzamir


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Georgetown, akan diteruskan sehingga mayat ke-10 ditemui.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saadon Moktar berkata, ia bagi memastikan operasi SAR semua mangsa kejadian terbabit dapat ditamatkan secepat mungkin.

Katanya, pihaknya berharap operasi itu dapat ditamatkan awal pagi hari ini dengan keseluruhan proses dijalankan berterusan malam tadi selepas mendapati faktor pencahayaan mencukupi.

“Setakat ini, kami sudah berjaya mengalih 90 peratus sisa runtuhan di kawasan pencarian, selain merungkai misteri kontena ke-13 dan menemui mayat kesembilan iaitu lelaki warga Bangladesh, Mohamad Uzzal, 33.

“Sasaran kami sekarang untuk menghabiskan operasi SAR secepat mungkin dengan prosesnya akan diteruskan sehingga penemuan mangsa terakhir yang dikhuatiri masih tertimbus.

“Kami percaya tiada lagi mangsa lain dan keseluruhan proses kini tertumpu untuk mencari Md Rahazan. Bagaimanapun, operasi SAR itu akan dihentikan sekiranya hujan,” katanya.

Sehingga kini, seramai sembilan mangsa ditemui maut, manakala tiga cedera dan seorang lagi dikhuatiri tertimbus, selepas terbabit dalam kejadian tanah runtuh pada 1.56 tengah hari Jumaat lalu.

Projek bernilai RM545 juta sebagai laluan alternatif menghubungkan Lebuhraya Thean Teik di Bandar Baru Air Itam ke Lebuh Bukit Jambul itu dijangka siap pada Mac 2020, selepas mengalami kelewatan setahun dari jangkaan asal.

Berita berkaitan

3 maut, 12 dikhuatiri tertimbus

Dah cakap, tapi tak mahu dengar...

[UPDATE] 2 maut, 10 masih hilang

'Anak saya sudah tiada'

[UPDATE] Dah jumpa mayat ketiga

Semoga mangsa tertimbus ditemui

Tak pasti jumlah sebenar mangsa tanah runtuh

'Sekilas pandang, saya tahu itu anak saya'

Rakan sekampung maut bersama [METROTV]

Dua lagi mayat ditemui [METROTV]

Mungkin ada runtuhan susulan

Nampak suami 'ditelan' bumi

Identiti mangsa runtuhan dikenal pasti [METROTV]

Identiti mayat tanpa kepala dikenal pasti

Di mana kontena misteri?

Operasi SAR diteruskan

'Aliran sungai antara punca tanah runtuh' - MBPP

[UPDATE] Jumpa mayat kelapan

Dah 80 peratus kawasan runtuhan dialih

'Harap kepala adik ditemui'

[UPDATE] Mayat ke-9 ditemui [METROTV]

Kontena ke-13 tak lagi misteri...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Oktober 2018 @ 12:02 AM