Nur Saliawati Salberi

HUJAN lebat berterusan selama dua jam menyebabkan seramai 32 penduduk di Kampung Ayer Panas, Bemban, di Jasi n, terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata kesemua mangsa membabitkan lapan keluarga dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air, jam 7.15 malam.

Beliau berkata, sehingga jam 2.30 pagi, hanya satu PPS dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban.

“Mangsa yang berada di PPS membabitkan dua warga emas, 20 dewasa, enam kanak-kanak dan seorang bayi berusia. Mereka berusia antara dua bulan hingga 60-an,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Oktober 2018 @ 9:32 AM