PASUKAN Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menangkap seekor buaya jantan sepanjang 3.73 meter. Foto NSTP/IHSAN SFC
PASUKAN Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menangkap seekor buaya jantan sepanjang 3.73 meter. Foto NSTP/IHSAN SFC
Mohd Latif Ahmad


BUAYA jantan sepanjang 3.73 meter yang sering mengganas dan mengancam nyawa penduduk Kampung Rantau Panjang, Kuching, berjaya ditangkap, Sabtu lalu.

Operasi dikendalikan Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Sungai Sarawak berhampiran kawasan penempatan itu.

SFC dalam satu kenyataan memaklumkan operasi itu dilakukan susulan aduan penduduk kampung yang bimbang dengan kehadiran reptilia itu.

“Operasi dilakukan di sepanjang sungai dari Jambatan Batu Kawa hingga ke Jambatan Satok.

“Hasil penangkapan buaya itu, kita berharap penduduk kampung tidak lagi diselubungi kebimbangan,” katanya.

Justeru, SFC mengingatkan orang ramai supaya memaklumkan kepada Jabatan Hutan Sarawak (JHS) atau agensi berkenaan jika melihat kehadiran buaya di persekitaran mereka.

“Jangan sesekali mengambil tindakan sendiri termasuk menangkap atau membunuhnya kerana reptilia ini sangat berbahaya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mei 2018 @ 3:20 PM