BUAYA ditangkap dan dihantar ke Pusat Ternakan Buaya Benaya, Bekenu. FOTO ihsan SFC
BUAYA ditangkap dan dihantar ke Pusat Ternakan Buaya Benaya, Bekenu. FOTO ihsan SFC
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Miri: Umpan bangkai ayam berjaya menjinakkan buaya jantan di Sungai Kelulit, Bekenu di sini, semalam.

Buaya berukuran 4.4 meter itu ditangkap Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam Operasi Nyah Buaya, kira-kira 4 petang.

Dalam kenyataan SFC di sini,operasi dijalankan sejak Rabu, susulan laporan penduduk yang sering melihat buaya di sungai yang terletak di Kampung Pejuang, si sini.

"Reptilia itu termakan umpan yang dipasang di beberapa lokasi dan berjaya ditangkap. Reptilia itu dihantar ke Pusat Ternakan Buaya Benaya, Bekenu," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, SFC mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk membunuh buaya kerana ia spesis yang dilindungi mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

SFC berkata, orang ramai diingatkan memaklumkan mengenai kehadiran buaya di kawasan mereka kepada Jabatan Hutan dan pejabat SFC untuk tindakan lanjut.

Katanya, SFC memandang serius mengenai tindakan penduduk kampung yang mengambil tindakan sendiri menembak dua buaya berukuran 1 dan 4.3 meter yang mengganggu ternakan mereka pada Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 6:21 PM