Pasukan SFC mengangkat buaya yang tersangkut jaring untuk dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang, Kuching. FOTO Ihsan Pembaca
Pasukan SFC mengangkat buaya yang tersangkut jaring untuk dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang, Kuching. FOTO Ihsan Pembaca
Melvin Joni


KEBIMBANGAN penduduk yang sering terserempak buaya besar di Sungai Bako, Kuching berakhir apabila reptilia itu ditangkap hari ini.

Anggota Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC), Wan Mazlan Wan Majian berkata, buaya 3.6 meter dan dianggarkan 200 kilogram itu ditangkap selepas memakan umpan yang dipasang pihaknya dan tersangkut jaring udang penduduk kampung.

Wan Mazlan berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada penduduk Kampung Bakoyang memaklumkan seekor buaya tersangkut pada jaring 6.10 pagi tadi.

Beliau berkata, mereka mengambil masa 45 minit untuk mengikat dan membawa reptilia itu menggunakan bot ke jeti Kampung Bako.

“Buaya itu kemudian diangkat dari sungai menggunakan kren untuk dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang dengan lori,” katanya.

Wan Mazlan yang berpengalaman 28 tahun menangkap buaya berkata, penduduk kampung meminta bantuannya untuk menangkap buaya yang sering dilihat di sungai berkenaan.

“Ini adalah buaya kelima yang saya tangkap di Sungai Bako tahun ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 5:39 PM