Jalal Ali Abdul Rahim


SEORANG lagi mangsa kemalangan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 45.4, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik, Ahad lalu, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Taiping (HT) semalam.

Kematian terbaru itu menjadikan korban nahas pada 1 tengah hari berkenaan meningkat kepada lima orang.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Desa berkata, Azizan Desa, 60, yang juga pemandu kereta Audi meninggal dunia pada 6.45 petang.

"Bedah siasat ke atas mayat mangsa dilakukan pada9.30 malam tadi.

"Punca kematian disebabkan 'polytrauma,'" katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Difahamkam, jenazah Azizan sudah dibawa pulang ke Kedah dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kelisa Ria, Sungai Petani.

Ahad lalu, empat maut di lokasi kejadian termasuk isteri Azizan, Che Wan Teh Abdul Aziz, 54, dan anak mereka Muhammad Khairul Khawrizmie Azizan, 17.

Dua lagi maut menaiki Nissan Frontier, Rosli Zakaria, 54, dan anaknya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) Mohd Syafik, 22.

Selain empat maut di lokasi kejadian, kemalangan yang turut membabitkan Perodua Kenari turut menyebabkan tujuh yang lain cedera termasuk Azizan.

Berita berkaitan

Dua beranak satu liang lahad

Pelik ibu bungkus makanan setiap hari

‘Ayah sebut Allah... Allah’

4 maut, 7 cedera dekat Tasik Banding

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2018 @ 9:22 AM