SEBAHAGIAN daripada 65 kaki judi sabung ayam yang ditahan dalam serbuan dalam ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, Baling, malam tadi. Mior Faridalathrash (tengah) melihat ayam sabung yang dirampas (gambar kecil). FOTO Omar Osman

BERNAMA

POLIS menahan 65 lelaki dipercayai terbabit dengan kegiatan judi sabung ayam dalam Ops Limau Judi Sabung Ayam di kebun kelapa sawit Tanah Licin, Kuala Ketil di Baling, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua lelaki itu yang berusia antara 17 hingga 60 tahun, ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis pada 7.45 malam ketika pertaruhan judi itu sedang berlangsung.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai kira-kira RM50,000 dan 40 ekor ayam sabung serta pelbagai peralatan sabung ayam seperti taji, kelambu, ubat-ubatan ayam, khemah dan pengasah taji.

“Sebuah generator, wayar serta lampu dan dadah jenis syabu turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Februari 2018 @ 12:24 AM