TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap tuduhan mencabul kehormatan dua anak tirinya. Foto Ihsan pembaca
TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap tuduhan mencabul kehormatan dua anak tirinya. Foto Ihsan pembaca
1Muhamaad Razis Ismail


SEORANG kontraktor sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap dua tuduhan mencabul kehormatan dua anak perempuan tirinya, dua tahun lalu.

Tertuduh berusia 53 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pada 31 Disember lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di mahkamah sama terhadap dua tuduhan merogol anak tirinya berusia 16 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencabul kehormatan dua anak tirinya berusia 16 dan 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Kuar Gunong, Bachok, 5 petang, Ogos 2016.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam Zulhilmi Mokthar.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2018 @ 4:50 PM