Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat. - Foto Ihsan Bomba
Razif Rosli


KEGEMBIRAAN seorang lelaki mandi bersama rakan bertukar tragedi selepas dia lemas di kawasan perkelahan Air Terjun Batu Berangkai dekat Kampar, hari ini.

Mayat R Vinuthan, 21, ditemui pasukan keselamatan tersangkut di celah batu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kampar Pegawai Bomba Kanan II Zawawi Nik berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.24 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

Menurutnya, enam anggota bomba dengan satu jentera dikerah ke lokasi.

“Operasi mencari mangsa terus dijalankan dan anggota berjaya menemui mangsa 10 minit kemudian, terapung di celah batu.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut selepas disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2017 @ 8:54 PM