SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan lemas di kawasan perkelahan air terjun Batu Berangkai. FOTO ihsan BOMBA PERAK
SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan lemas di kawasan perkelahan air terjun Batu Berangkai. FOTO ihsan BOMBA PERAK
Balqis Jazimah Zahari


Kampar: Remaja lelaki ditemukan lemas ketika mandi di kawasan perkelahan air terjun Batu Berangkai, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.55 petang berhubung kejadian.

"Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi mangsa berusia 18 tahun itu hilang.

"Mangsa kemudian dijumpai di kedalaman 2.5 meter di lokasi berhampiran sebelum dibawa keluar oleh anggota bomba," katanya.

Katanya, pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 6:53 PM