Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.
Balqis Jazimah Zahari

Kampar: Remaja yang ditemukan lemas di kawasan perkelahan air terjun Batu Berangkai di sini, hari ini sudah dikenal pasti sebagai Mohamad Faiezal Naim Abu Bakar.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu adalah seorang pelajar Sekolah Sultan Abdullah Chederong Balai Tapah dan ke air terjun berkenaan sebagai luar aktiviti sekolah.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada 3.50 petang.

"Melalui maklumat awal saksi dikatakan kejadian berlaku pada 3.40 petang ketika mangsa dan guru serta rakan sekolah sedang mandi di air terjun berkenaan.

"Seorang rakannya cuba membantu tetapi gagal kerana ditarik arus sebelum mangsa hilang dari pandangan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, mayat remaja itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat.

Berita berkaitan

Remaja lelaki lemas di air terjun Batu Berangkai

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 10:36 PM